Tuesday, June 16, 2009

Kertam Sandakan Lubuk Yg Hebat?

Kaki Pancing Sandakan Mencuba Nasib Di Kertam.


Kumpulan kaki pancing Sandakan. Di hadapan dari kiri Fernando, Razali dan Carlos. Berada di belakang ialah Mr. Teo, Jikrun dan penulis.

Pada pertengahan bulan Jun, kami Kumpulan Kaki Pancing Sandakan telah bersepakat untuk pergi memancing di Kertam, Sandakan. Banyak cerita telah kami dengar tentang betapa hebatnya ikan-ikan pemangsa yg terdapat di kawasan tersebut. Dan yang lebih hebat betapa lahapnya ikan-ikan pemangsa menelan umpan yg dilepaskan. Kami merancang untuk memancing semalaman supaya peluang untuk mendaratkan ikan pemangsa lebih cerah.

Adalah khabar yg kami dengar sehebat dengan apa yg akan kami alami kelak? Kami menunggu dengan penuh harapan...

Pemandangan suasana yg indah sewaktu matahari sedang terbenam


Dengan itu, maka kami (Razali, Carlos, Jikrun, Fernando, Mr. Teo dan penulis) pun bertolak menaiki sebuah kapal ikan yg sederhana besarnya dari jeti CQ(Crystal Quest, Sandakan). Umpan berupa ikan basung, sotong dan lumahan jantan adalah taruhan kami untuk menjinakkan ikan-ikan pemangsa di Kertam. Razali telah menyelenggarakan persiapan dan perjalanan ke Kertam.





Tuanpunya kapal, Jasli dan serangnya.




Kapal berenjin diesel tersebut memakan masa hampir 6 jam untuk tiba ke destinasi. Bertolak pada jam 1.30 petang, kami tiba ke destinasi selepas senja. Kami sempat menetapkan keindahan suasana semasa matahari terbenam. Kapal diesel tersebut bergerak perlahan untuk membolehkan kami mencuba kaedah "trolling". Dari kaedah tersebut, ternyata kami telah berjaya mendaratkan 2 ekor ikan "barracuda" atau lebih dikenali dengan panggilan "alu-alu" yg bersaiz besar. Mr. Teo, seorang pemancing veteren, telah berjaya menaikkan seekor "alu-alu" seberat 3 kilo. Sementara penulis dapat mendaratkan ikan jenis yg sama seberat 2 kilo.



Mr. Teo dengan gembiranya menunjukkan ikan "alu-alu"nya yg berjaya dinaikkan menggunakan kaedah "trolling" Tahniah Mr. Teo!


Setibanya di lokasi yg ditetapkan, maka tanpa membuang masa, kami pun terus menurunkan pancing menggunakan bermacam gaya dan kaedah. Kedalaman laut di kawasan ini adalah sekitar 56 meter. Sungguh dalam paras laut di sini. Malangnya laut tidak berarus ketika itu menyebabkan ikan tidak seaktif yg dijangkakan.

Oleh kerana Kertam berada berhampiran dengan sempadan Negara Philippines, kami agak khuatir sekiranya lanun atau Abu Sayaf akan menyerang. Tetapi fikiran itu kami lontarkan jauh-jauh setelah melihat terdapat kapal nelayan berhampiran. Di sebalik kegembiraan kerana kehadiran kapal pukat tersebut, kami berasa bimbang kerana kehadiran kapal-kapal nelayan biasanya menyebabkan ikan-ikan akan meninggalkan lubuk mereka. Betul jangkaan kami sebab ikan-ikan yg menyentap pancing kami hanya sedikit.

Walaupun begitu, kami tidak berputus asa. Akhirnya, mengena juga pancing kami. Ikan yg pertama berjaya ditewaskan ialah jenis "Red Snapper" atau Ikan Merah oleh Fernando. Ikan seberat 6 kilo ini pada permulaannya melawan dengan ganasnya tetapi akhirnya dapat juga ditumpaskan oleh Fernando. Akibat dari pertarungan hebat itu, Fernando mengalami kejang urat belakang. Nasib baik dia tak meminta diurut, tentu sekali ramai yg akan membantu memijak-mijak belakangnya!

Fernando dengan perasaan gembira setelah berjaya menaikkan "Red Snapper". Ini juga merupakan ikan terberat yg dapat dinaikkan hari itu. Fernando menggunakan kaedah "handline" Selain it, beliau juga berjaya memancing seekor "GT" dan "barracuda"

Setelah itu, giliran pancing Razali pulak disentap ikan "Barracuda" atau lebih dikenali dengan nama alu-alu. Raz menggunakan kaedah "casting" dan terpaksa bertarung 20 minit untuk menaikkan ikan tersebut. Ikan Barracuda seberat 8 kilo ini merupakan ikan Barracuda yg terberat dapat dinaikkan.

Ikan "Barracuda" dan "GT" oleh Razali

Jikrun pulak banyak menaikkan ikan "Ketambak" yg bersaiz besar. Walaubagaimanapun, saiz ketambak ini tiada bandingan dengan saiz-saiz ikan pemangsa yg sebenar.


Jikrun dengan koleksi ikan-ikan ketambaknya. Jikrun, ikan itu tidak dibenarkan dibawa pulang! Masih kecik!

Selang beberapa jam, hanya ikan-ikan kecik saja yg galak menelan umpan. Dan yg menjadi mangsa ialah umpan-umpan kami yg berupa ikan basung hampir habis ditelan ikan-ikan kecil. Dari jam 3 pagi sehingga jam 8 pagi, kami kurang bernasib baik sebab tidak satu pun pancing yg mengena. Terpaksa kami merima hakikat bahawa nasib kami tidak begitu baik untuk hari itu.

Kami pulang tepat jam 9 pagi selepas sarapan pagi. Ada seorang rakan yg membawa pulang tangan kosong. Tapi tak apa, dia dapat "menangkap" seekor ikan dalam tin sardin!!



Carlos dengan "tangkapan"nya yg berupa ikan dalam tin!



Hanya ikan-ikan ini yg berjaya dipancing oleh penulis! Oh kecik nya! Takpe, bawa pulang buat stim ikan.

Bagi penulis pulak, pengalaman memancing kali ini tidak akan dilupai selepas joran penulis hampir hilang ditarik ikan misteri. Tetapi sempat penulis menangkap joran yg terjatuh ke dalam air. Akibat menangkap joran yg terjatuh ditarik ikan, dada penulis lebam terhentak pagar penghadang kapal.

Kami nekad untuk kembali suatu hari nanti ketika keadaan laut lebih baik. Pasti!

Ikuti pengembaraan kami seterusnya di lain hari.


Dari Meja Kaki Pancing Sandakan

2 comments:

  1. Untuk penulis boleh menulis pengalaman memancing menggunakan jig besi d sandakan?
    Adakah Berhasil jika menggunakan kaedah jigging d perairan Sandakan?

    ReplyDelete
  2. Cubaan Gewang di sungai2 Daerah Sandakan Adakah Berhasil?

    ReplyDelete