Thursday, July 2, 2009

Gelama Berlambak di Pelabuhan Sandakan

Memancing Ikan Gelama di Pelabuhan Sandakan

Pada 20hb Jun 2009, kawan-kawan kaki pancing telah membuat suatu rancangan untuk mencuba lubuk baru di sekitar kawasan pelabuhan, Sandakan. Inipun setelah seorang pakcik memberitahu tentang betapa banyaknya ikan yg boleh dipancing di kawasan tersebut. Pakcik tersebut memberitahu bahawa malam seblum itu, dia dan rakan-rakan telah berjaya memancing ikan sehingga penuh beberapa baldi yg dibawa. Apa lagi, kamipun naik gairah, lalu membuat persetujuan untuk memancing dengan pakcik tersebut malam itu juga. Janji yg dibuat adalah jam 7.00 malam dan tempat perjumpaan adalah di Kampung Bacara

Kami terlewat tiba akibat persiapan pada saat akhir namun pakcik menyambut kami dengan baik. Kampung tersebut adalah kampung air. Kami pun bergerak menuju ke rumah kediaman pakcik dan setiba sana, kamipun menyediakan pancing-pancing kami.



Kawasan ruang kaki lim pakcik itu luas dan selesa. Pakcik peramah orangnya dan sempat menyediakan beberapa buah baldi tempat meletakkan ikan.





Sementara kami menyediakan pancing-pancing kami, kami tertanya-tanya mana satu bot yg akan digunakan nanti.










Rupanya bot yg digunakan adalah bot berkuasakan enjin pam. Dua buah bot digunakan dan hanya satu bot yg mempunyai enjin dan bot in adalah bersaiz kecil. Bot yg kami naiki pula adalah bersaiz lebih besar daripada bot berenjin pam. Tetapi belum sempat kami ditarik oleh bot berkenaan, kami terpaksa mendayung kerana enjin bot tidak mahu hidup. Terpaksa bot berkenaan didayung oleh rakan kami sementara enjin bot yg satu ini dibaiki.



Rumah pakcik ini mempunyai tangga aluminium dan terpaksa kami mengimbangi badan sambil turun. Nasib tiada seorang pun yg terjatuh ke dalam laut!


Selamat tiba dalam bot, kami terus mengeluarkan pancing-pancing kami. Kami berharap betullah apa yg si pakcik telah memberitahu kami dan berharap dapat membawa pulang sebaldi ikan. Tentu rasa megah dengan ikan yg banyak.



Dari jauh kami dapat perhatikan kapal sedang berlabuh di pelabuhan sambil memunggah muatannya.



Kata pakcik itu, baik gunakan lampu pom untuk menarik perhatian sotong-sotong untuk dibuat umpan. Selain itu, si pakcik telah juga menyediakan umpan khas. Nak tau umpan khas ini? Ini dia umpan cacing. Cacing bukan sebarang cacing, cacing ini didapati dari tepi laut. Bukan senang untuk menangkap cacing ini. Ia harus diumpan keluar mengunakan air beras. Apabila cacing keluar, tangan harus cepat untuk menangkap badan cacing tersebut.



Walau macam mana pun, akhirnya ikan yg berjaya ditangkap tidak sampai setengah baldi. Apapun, kami masih bisa tersenyum dengan tangkapan yg tidak seberapa ini kerana perbelanjaan untuk kali ini tidaklah melebihi puluhan ringgit. Pakcik telah sanggup untuk menajakan minyak dan perahu. Kami pulan selepas tiga jam mencuba nasib disebabkan angin mula bertiup kencang dan bot kecil yg pakcik naiki mula disimbah air laut.




Ikan-ikan yg berjaya kami pancing ialah dari jenis Ikan Gelama. Tetapi ikan gelama ini bersaiz besar. Rupa-rupanya lubuk yg kami pancing ialah lubuk ikan gelama. Jadi dari gambar-gambar di sini, boleh dilihat hanya ikan gelama sahaja yg berjaya ditawan.




Munkgin aktiviti memancing kami akan terhenti buat sementara waktu disebabkan komitmen terhadap pekerjaan. Tetapi kami pasti akan kembali untuk musim yg akan datang.

Terima kasih kerana membaca.

Semoga bertemu lagi di musim yg lain

No comments:

Post a Comment